Salam semua,
Alhamdulillah diberi kesempatan utk update belog yang bersarang ni..entri hari ni yaya nk citer pasal Kotak tisu in da making..
Kalau korang nak tahu buat Kotak tisu ni mencabar ke tak..silalah baca sampai habis ya..
DUGAAN
1st: Cari idea nk matching color..kekadang langsung xde idea..bukan buat tesis je kering idea..buat kraf pon ade jugak masa kekeringan dia..
2nd: pilih hiasan..sama ada nk buat kek ke, sushi ke, buah-buahan ke..
3rd: Ha...part ni mencabar..ukur n potong felt..cara paling senang tekap je Kotak kosong..tapi nk tekap satu2 mampu @ mampus..nak seribu daya xnk seribu dalih.. (part ni ada smbungan)
4th: Bila da siap potong memotong ni..mulalah alkisah buat topping Yg telah dipilih di step 2nd..buat topping ni adelah amek masa 1jam-2jam..depend pada kecekapan tangan crafter ya..Kalau yaya amek masa lama sebab beading..
Ops..buat topping pon ada step (tekap- gunting- jahit -beading)..untuk satu Kotak yaya biasa perlukan 6ceri, 6oreo, 6 icing... atau 6 donut, 6coklat stick.ecece..nama makanan je..( nota kaki: tidak dikira simpulan2 kasih yang tercipta oleh benang)
5th: Proses letak susun atur topping...topping2 tu kene gam dulu and jahit..lepastu cantum dekat base kotak tisu tu...
6th: Dah siap cantum kene jahit lak... yaya suka letak bead...so step jahit bead sama lebih kurang jahit bead Kat baju la..mencabar oi...ade 2-3 jam nak jahit satu kotak tisu.. (+ rehat sebab yaya bukan robot)...
7th: Da siap terbentuk kotak tisu nya..Alhamdulillah...so last part kene tampal riben Kat bawah n letak getah.. [nota kaki: paling tak best Bila da siap..letak Kat Kotak tisu alignment lari……senget benget...so stress..😂😂😂😂....nanges je la mampu]……
So, inilah kronologi dan DUGAAN buat Kotak tisu y'all..nampak senang kan..baik buat kek betul..cmpak2 dalam 1-2jam da setel..ni buat kek tipu2 ni...ade berminggu2 baru siap (Kalau peram le)..
Moral disini...yaya nak bagitahu...niaga craft ni bukan nk kejar untung..memang Kalau diberi tgn yang laju dan idea yang mantap..Alhamdullillah boleh target sale..
Kalau mcm yaya ni buat kraf sebab hobi suke menda comel...+ gain money...bukan utk sia-sia...Kalau nk kira jam buat dan harga kotak tisu ni memang xberbaloi2..tapi..rezeki tu..
So, renung-renungkanlah dan Selamat beramal...(#alfatihah prof izzi)..
Saturday, June 25, 2016
Ceritera Kotak Tisu
Posted by Unknown | 5:51 PM |
2 Comments | craftdonut feltfoodfeltKotak TisuKotak tisu yummylicioustissueboxtissueboxcover
Labels:
craft,
donut felt,
foodfelt,
Kotak Tisu,
Kotak tisu yummylicious,
tissuebox,
tissueboxcover
Wednesday, January 27, 2016
Resipi Cheezy Cheesekut by Yayacraft9
Posted by Unknown | 11:47 PM |
0 Comments | cheesekutcheezy cheesekutresipi cheesekutyayacraftyayacraft9
Salam semua,
Hari ni yaya nak share resipi one of my top selling product: Cheezy Cheesekut.
Alhamdulillah sudah 500pcs terjual dengan hasil experiment bisnes hihihi. Terima kasih kepada pembeli setia. Sayang kamu.
Kat sini yaya sediakan resipi untuk kamu semua..Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Biskut marie (perisa mengikut kegemaran anda)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream
1 cawan susu pekat manis
1 sudu gelatin
50ml air panas
Nestum
Chocolate rice
Cara membuatnya:
1. Sediakan gelatin. Cairkan gelatin dengan air panas. Biarkan gelatin larut. (nak cepat larut kena kacau).
2. Putarkan cream cheese dengan susu pekat manis hingga kembang. Dalam bekas lain putarkan whipping cream hingga kental. Campurkan cream cheese yang siap diputar dan whipping cream serta susu segar. Kacau dan sebatikannya.
3.Celupkan biskut marie ke dalam bekas berisi campuran (2). Biarkan selama 5minit supaya biskut marie tersebut lembut. Salah satu cara lain. [Panaskan susu segar dan celupkan marie. Tapi cara ini kene hati-hati sebab biskut tu akan cepat patah.]
4. Seterusnya lihat stepnya di link ini.
https://www.youtube.com/watch?v=lQGlX8JG0xY
Selamat mencuba. Jangan lupa share kalau da cuba guna resepi yaya.
Jangan lupa follow instagram yaya ye: yayacraft9
Hari ni yaya nak share resipi one of my top selling product: Cheezy Cheesekut.
Alhamdulillah sudah 500pcs terjual dengan hasil experiment bisnes hihihi. Terima kasih kepada pembeli setia. Sayang kamu.
Kat sini yaya sediakan resipi untuk kamu semua..Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Biskut marie (perisa mengikut kegemaran anda)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream
1 cawan susu pekat manis
1 sudu gelatin
50ml air panas
Nestum
Chocolate rice
Cara membuatnya:
1. Sediakan gelatin. Cairkan gelatin dengan air panas. Biarkan gelatin larut. (nak cepat larut kena kacau).
2. Putarkan cream cheese dengan susu pekat manis hingga kembang. Dalam bekas lain putarkan whipping cream hingga kental. Campurkan cream cheese yang siap diputar dan whipping cream serta susu segar. Kacau dan sebatikannya.
3.Celupkan biskut marie ke dalam bekas berisi campuran (2). Biarkan selama 5minit supaya biskut marie tersebut lembut. Salah satu cara lain. [Panaskan susu segar dan celupkan marie. Tapi cara ini kene hati-hati sebab biskut tu akan cepat patah.]
4. Seterusnya lihat stepnya di link ini.
https://www.youtube.com/watch?v=lQGlX8JG0xY
Selamat mencuba. Jangan lupa share kalau da cuba guna resepi yaya.
Jangan lupa follow instagram yaya ye: yayacraft9
Labels:
cheesekut,
cheezy cheesekut,
resipi cheesekut,
yayacraft,
yayacraft9
Thursday, January 14, 2016
Motivasi Diri Part 2
Posted by Unknown | 1:39 AM |
0 Comments |
1. JANGAN BERNIAGA SEBAB NAK KAYA
Kenapa nabi s.a.w berniaga?
Sunnah? Nak kaya?
Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.
Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.
Kemudian apa?
Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.
Kemudian lagi apa?
Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.
Kemudian pula apa lagi?
Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.
Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.
Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.
Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?
Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.
Berapa usia kita?
Contohi nabi s.a.w di usia kita.
Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.
Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.
Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.
Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.
Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.
Tetapi sunnah pada perlaksanaan.
Sholawatt...
Sollua'lannabii...
Sumber: Facebook Nur Amalina Zakaria
Wednesday, September 30, 2015
Pesta Konvo UKM ke 42 (2014) ~ Booth Craft
Salam semua...
Hari ni yaya nak update sekitar pembukaan boot craft di UKM buat kali kedua...
30 October 2014- 1st Day
Sale untuk 1st day memberansangkan..hasil kutipan satu hari pun sudah mencecah RM1k..Sambutan pada pagi hari agak suram namun pada sebelah malam booth kami diserang oleh para peminat craft..malam pertama merupakan malam perasmian pesta konvo..so ramai pelajar datang..
Hari ni yaya nak update sekitar pembukaan boot craft di UKM buat kali kedua...
30 October 2014- 1st Day
Sale untuk 1st day memberansangkan..hasil kutipan satu hari pun sudah mencecah RM1k..Sambutan pada pagi hari agak suram namun pada sebelah malam booth kami diserang oleh para peminat craft..malam pertama merupakan malam perasmian pesta konvo..so ramai pelajar datang..
Antara bantal konvo untuk dijadikan hadiah konvokesyen |
Ehem2..posing ckit dengan bantal sendiri |
Orang kuat booth yang tengah menyusun atau display bantal |
Ni pula orang kuat yaya yang turut menyumbang tenaga menolong mencantikkan booth |
Satu lagi gambar |
Turut bersama memeriahkan booth adalah khidmat printing |
Suasana booth pada pukul 7.00 malam |
Barang-barang craft |
Maaf tak sempat nak describe, nak citer2 bagai..ni jew sempat di compile...act banyak lagi..
Biar gambar berbicara...salam sayang buat semua pelanggan booth kami..
Jutaan terima kasih diucapkan pada rakan kongsi dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)