Tuesday, January 24, 2012

Lawak Lah!!(2)

Posted by Unknown | 5:55 PM | 0 Comments |

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, jika dia meninggal dunia, adakah si suami akan mencari penggantinya.

SUAMI : Selepas berkabung beberapa ketika, abg fikir…abg patut kahwin. Setiap orang perlukan teman, kan?
ISTERI: Habis…si dia akan tinggal di rumah ni ke?
SUAMI : Abang da banyak habiskan duit utk siapkan rumah ni, takkan nak tinggalkan begitu saja. Ya…dia pasti tinggal di sini.
ISTERI: Katil yg baru kita beli ni pun akan jadi tempat tidurnya ke?
SUAMI : Yalah.. takkan nak beli katil lain, yang inikan masih baru lagi, mahal lak tu!!
ISTERI: Kalau begitu, set golf yg baru saya beli tu pun jadi miliknya la??
SUAMI : Itu tak mungkin.. kerana dia KIDAL!



Kua…kua..kua..kantoi sudah..

Lawak Lah!!(1)

Posted by Unknown | 7:15 AM | 0 Comments |

Pak Pandir cukup bangga apabila dapat membuktikan semangat patriotiknya dengan menempah sebuah Proton Waja.

Sebelum memandu keretanya pulang, jurujual memberikan penerangan secara ringkas apa yg Pak Pandir perlu lakukan sekiranya timbul masalah.
Namun, 15 minit kemudian Pak Pandir datang semula ke premis bilik pameran EON. Jurujual kehairanan.
Jurujual : Apa masalah?
Pak Pandir : Semuanya ok, kecuali…..
Jurujual : Kecuali apa?
Pak Pandir : Sebaik sahaja tiba di simpang hadapan jalan tu, saya pasang lampu isyarat untuk membelok ke kiri, tetapi kenapa lampu di papan panel meter kereta yg berkelip- kelip. Rosak kowt!
Jurujual : (Dalam hati) Patutlah orang panggil Pak Pandir

Kua..kua..kua...

Friday, January 20, 2012

Kategori Berbelanja Menurut Islam

Posted by Unknown | 8:46 AM | 0 Comments |
Kategori berbelanja = erk SHOPPING ek???
Huhuhu..sonoknyer shopping..shopping ada 2 kategori, iaitu window shopping and outdoor shopping..ops..ye kew?? mengarut2 jew tu..

Al kisah yang sebenarnya adalah

1
Kategori al-Dharuriyyat  (Tersangat Penting)
Pew yg penting ni??Apa yg penting kerjasama...

Wonder Pets
Itu kata Wonder Pet lah..Penting maksudnya disini adalah barangan yang menjadi keperluan asas seperti

1.  Makanan
2. Minuman
3. Pakaian (pakej k : kasut, baju, seluar, tudung, belt, stokin...n semua2 la..)

Tujuan atau niat berbelanja pula kena betoi taw...bukan niat nak melawa...ops..desyum.. (tekeno e jang)...Niat nya adalah untuk menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan keturunan...


2
Kategori al-Hajiyyat (Keperluan)
Kategori ni plak menjelaskan belanja untuk kesempurnaan..atau utk lebih paham berbelanja untuk menjadikan kehidupan yang lebih sempurna..
Sebagai contohnya seorang pelajar berhajat utk membeli laptop..maka itu dikategorikan kepada al-Hajiyyat..



3
Kategori al-Tahsiniyyat atau al-Kamaliyyat (Memperelok & Kesempurnaa)

Berbelanja dalam kategori ini adalah sebagai pelengkap kepada kesempurnaan harian.
Contohnya membeli perhiasan rumah dan aksesori2 lain.

Itu saja daripada yaya untuk semua..moga2 dapat info....act yaya pun xtaw sgt tp sumber boley dipercayai lah...
Yaya baca & translate buat ayat sendiri...sumber daripada majalah ANIQAH (Keangunan Wanita Berilmu)..JUN 09..page 58-59 k...kalau nak taw lwbih lanjut carilah buku ni..hehehee



5 Syarat Muslimah Keluar Bekerja

Posted by Unknown | 8:05 AM | 0 Comments |
sumber gambar : 

Assalamualaikum para muslimah sekalian...kali ni yaya nak menyampaikan pesanan a.k.a dakwah secara tidak langsung..erk..ye ker..anyway saja2 jew nak bagi panduan buat kamu semua..maklumlah yaya dan kawan2 da ramai yg msak ke lembah pekerjaan ni..

Syarat yg ditetapkan adalah bagi mendapat keredhaan di dunia mahupun akhirat..

Bekerjalah kamu atas dasar niat untuk mencari rezeki
Bukan atas dasar boring duk umah k..

Syarat 1
Mendapat kebenaran dan izin bapa atau suami

Syarat 2
Tidak menjejaskan tanggungjawab rumah tangga

Syarat 3
Menjaga batasan aurat dan pergaulan

Syarat 4
Menjaga kehormatan diri

Syarat 5 
Masa yang diluangkan dirumah lebih banyak berbanding di tempat kerja

Itu aja yg yaya boleh kongsikan..moga2 menjadi tatapan semua...

Thursday, January 19, 2012

Asal Usul Jerangkung

Posted by Unknown | 10:57 PM | 0 Comments |
Jerangkung
fakta!!! :hantu jerangkung - di percayai dari india. ia berkerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran.hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. satu hari seorang kawan menyergah dari belakang.kerana terlalu terkejut dia mati perkataan akhirnya ialah"jerang.....kung".jadilah hantu jerangkung.hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari,sebab tu la ader lagu 'jerangkung dalam almari.
Apa dalam almari tu..cuba tengok betoi2...hhaahaha

Suke aku sakat org..padahal aku yg takut...habis la..balik bilik mesti takut tengok almari nanti..huhuhuu


sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=204055663020788&set=o.126635010746347&type=3&theater

Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA

Posted by Unknown | 10:54 PM | 0 Comments |
tadi aku terbaca kat fb ni

macam menarik jew..utk peringatan aku & kaum2 wanita semua...

Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan 

umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan 

saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu 

berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.
Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut 

dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan 

haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di 

Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang 

sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba 

wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas 

menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang 

lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.

Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa 

dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital 

Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.
Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha 

dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa 

meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk 

mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, 

itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke 

Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital 

di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. 

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa 

wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil 

keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya 

yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat 

sambil menangis teresak- esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia 

tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"
“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak 

baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan 

demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya 

silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat 

saya dan suami saya tak buat.
Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul 

saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang puan pergi haji ini?"
"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan 

alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab 

dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama 

ini.
"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.
"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah 

beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.
Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai 

balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta 

ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat 

daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. 

Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman 

sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu 

meneruskan ceritanya,
"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak 

tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul 

menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam 

dosa besar.
Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri 

itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu 

sebab saya betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke 

perut, ia menikam pula perut saya.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar 

menyucuk kerongkong dan perut kita.
Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.
Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti 

terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan 

kepanasannya.
Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman 

yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa 

saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia 

ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, 

berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.
Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan 

ulangi lagi kesilapan dahulu.
Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.
Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan 

kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini 

saya tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha 

Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah 

balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.
Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya 

taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia 

menjadi jemaah yang paling warak.
Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu 

maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri 

puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula 

sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan 

melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan 

dia akan jatuh sakit pula.
Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan 

kesihatannya.
"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz 

tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- 

betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak 

pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi 

macam saya.
Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut 

wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka 

dia diberikan satu dosa.
Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya 

mendapat 10 dosa."
"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut 

saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari 

kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."
"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami 

saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. 

Tapi itu semua kesilapan saya.
Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang 

jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah 

dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan 

bertaubat Nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan 

oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi 

bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya 

bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah 

terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU 

SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT 

SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM 

TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Dulu2 aku pun xpaham lagu raihan ingat lima perkara..bila da tua2 ni (act dipertengahan 

usia) aku da merasa n paham ape yang telah berlaku..dan aku juga paham kenapa manusia 

susah untuk berubah...kerana aku juga pernah mengalaminya...tipu la kalo aku cakap penah 

merasa "kaya sebelum miskin"..coz sekarang x kaya lagi..(ting tong)..yg tu aku mintak jauh2 

la...yang aku cakap aku paham sesangat sekarang ni adalah.."senang sebelum 

sibuk"...huh...dulu tym2 free tym aku men game, men tu men ni..pastu wat menda 

tu..menda ni..sekarang da sibuk..nak khatam Quran pun xsempat..huuhuu..moral of the 

story..bermula daripada hari ni..no "BORING" word anymore..OK..


Akhir kata drpd aku..Jom kita beribadat...
 
© THIS IS YOURS!