Kowg penah terbaca x citer ni??pe komen korg...ak bawu bace minggu
lepas...saje berani kan diri...tgok tajuk pn da xberani nak bace sbenarnya..tp
tabahkan hati @ gatai nak bace...
Then i found that citer ni klakar sgat2..masa bace ak
tergelak2...x takot lgsg..tp kalo citer ni betoi..mmg kesian la kepada si yg
mengalami pengalaman ni...
Ok...citer ni i copy dr fb Kaki
bising dot com...fb die besh...boley la jdkan tempat release tensen..n
gelak bile tgok pix2 die...
Alkisah...
9 tahun lepas
aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu
difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab
kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami
berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran
dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah itu
banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan,
maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah
itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua
ada.
Pertama, tuan
rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu
bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan
rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat
balik katanya…
Ketiga, pokok
Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap
bilik atas.
Malam
pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil
layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu
malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first
yang kena.
Masa itu baru
pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar.
So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu
tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan.
Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la
suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis
satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua
ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap
ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang
berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu
toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu
memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal
takut kot.
Malam tu
kitorang kena lagi teruk.
Masa aku
nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari
katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab
ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang
pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan
yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar
budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku
pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah
jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah
membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan
perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah
selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi
bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni
korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun
takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak
jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi
ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram
jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana?
Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau.
Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang
tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi.
Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak
tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak
restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak
pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah
juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci
motor.
Oleh sebab
bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk
pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku
pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor
kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah
tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil
lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku
tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam
nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran
Hakim!!!
Setibanya
kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku
sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia
sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik
dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu
Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut
panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni
apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku
kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi
kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke
bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu”
pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang
ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku
tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling
rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya
masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la
yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada
lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall
tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”.
Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang
aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat
menggigil.
Tengah
sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku
yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut
sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu
betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari
sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.
Tengah
sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada
dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak,
Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so
kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama
juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya,
lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker.
Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la
sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang
sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim
dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang
pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!
Pukul 7.30
pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang
lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan
pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya
sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu
tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu
dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan
rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x
sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya
dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga
lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang.
Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab
itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing
serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di
hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk
tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan
Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang
lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami
masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku
pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan
bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai
hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang
parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes
langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab
darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia
berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak
dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi
sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali
dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap.
Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang
lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata
merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku
tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat
rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa.
Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong
dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru
kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah
5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji
dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu
juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk
disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus
terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak
beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan
tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3
hari.
Jenazah Naim
selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu
lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan.
Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab
sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia.
Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat
hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki
dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh
cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena
juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la
cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam
mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta
lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa
sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh
duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa
Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku
dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh
sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia
sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin,
kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku
yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia
roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami
semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu,
Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM.
Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al-
fatihah
Opps.. Rumah
banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu
kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di
rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang
berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310
No comments:
Post a Comment