Tuesday, November 6, 2012

Cake Choc Moist Edisi Yaya Vogue

Posted by Unknown | 7:36 PM | 1 Comments |
Cake Choc Moist

Salam..hai..hari ni yaya nak berceloteh mengenai cake choc moist ni..act sebenarnya niat da lama nak bercerita since da lama buat kek ni..sekarang baru ada masa + tgok Felinna Nadea Ed Fattah duk post pasal cake ni..yaya pun nak share la resipi yang sangat mudah ni..just pejam mata..buka mata then buka mulut..makan..

Kat bawah ni antara gambar yang sempat di snap...yang lain entah ke mana la disimpannya..maklumlah gambar lama..

For Birthday Ayah Tiri 12.12.2010


Untuk Rumah Terbuka Adun Melor



Untuk Suka2

Yummy

Sempena Jamuan Akhir Tahun Darjah 1 Siti Eisyah Zulaikha

Sempena Jamuan Akhir Tahun Darjah 1 Siti Eisyah Zulaikha

Sempena Jamuan Akhir Tahun Darjah 1 Siti Eisyah Zulaikha
Resepi:
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak @ mentega yg dicairkan
1 cawan susu
1 cawan serbuk koko
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder

*1 cawan air mendidih (dicampurkan selepas selesai mengadun)

Cawan
Cawan yang digunakan mestilah satu saiz sahaja..supaya adunan stabil (konon~walhal xtaw pun reason die nape)

Cara-cara membuatnya:
Hafalkan bahan2 nya..ada 10 bahan..so ingat 1/2, 1, 2, dan 3..jangan tertukar lak..kalau nak senang mulakan dengan 1/2, 1, 2, 3 (9 kali) maksudnya..1/2 cawan gula, 1 camca kecil baking powder,1 camca kecil soda bikarbonat,1 cawan serbuk koko, 1 cawan susu, 1 cawan minyak masak @ mentega yg dicairkan (nak senang guna jew minyak masak),1 cawan gula, 2 cawan tepung gandum, 3 biji telur..haaa..ikut step..
Campak je dalam bekas sehingga jadi camni

Picture amek daripada google oleh Cik Taring
http://ciktaring.blogspot.com/2012/09/resepi-cupcake-moist-chocolate.html
Then last skali masukkan 1 cawan air yg mendidih..then kacau2..kalau nak letak dalam cup pun boleh..kalau malas sgt nk sudu2 ke dalam cup tu..silalah letak dalam loyang cake then kukus atau bakar gedebuk...kalau kukus dalam cup..lebih kurang 15 minit da masak..tapi kalau gedebuk 45 minit paling cepat masak..

Then untuk topping silalah guna coklat masakan..juz letak bar coklat masakan then cairkan..
cairkan tu..silalah guna double boiling..jgn direct guna api terus k..



SIAP...

Sebenarnya resipi ni kredit to my kak ipar..
Yaya pangil kek ni..kek coklat campak...campak2 jew semua bahan..kukus then masak,...xpayah nak careful2 cam buat kek lain..cara nak gaul2 pun ikut arah jam la bagai..hahahaa










1 comment:

  1. ingatkan awak nak bagi cawan banyak2 tu kat kite. hehe..

    ReplyDelete

 
© THIS IS YOURS!